RSS

Majlis Berbuka Puasa PKAYAM

0 Comments | This entry was posted on Aug 16 2011

Assalamualaikum. Alhamdulillah.. pada 14 ogos 2011 ,Selesai majlis besar Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-munirah(PKAYAM). Kehadiran oleh ibu bapa, penjaga serta penaja dan menyumbang utama persatuan turut hadir memeriahkan majlis. Suasana cukup meriah dan alhamdulillah..lauk yang disediakan mencukupi. Selepas solat terawikh, moreh disediakan dan disambung dengan acara penyampaian sumbangan untuk ibu bapa penjaga anakyatim persatuan Oleh YANG BERHORMAT DR SITI MARIAH. Segalanya berjalan dengan lancar.

img02261-20110814-2219

img02259-20110814-2217

dsc03950

dsc039301

dsc03923

dsc03937

dsc03905

dsc039301

dsc03914

img02232-20110813-1627

img02272-20110814-2240

img02192-20110812-2246228842_260930173934735_100000532638313_1013572_880201_n

sama-sama kita doakan keselamatan tuan haji mohd termizi pengerusi PKAYAM dan beberapa sukarelawan yang lain telah berlepas ke gaza untuk misi Munirahcare. semoga usaha murni ini mendapat ganjaran disisi Allah S.W.T

CARTA ORGANISASI PKAYAM SESI 2010-2012

0 Comments | This entry was posted on Jul 28 2011

KLIK UNTUK BESARKAN

CARTA ORGANISASI PERSATUAN

KLIK UNTUK BESARKAN

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN

AKTIVITI DI ALMUNIRAH

0 Comments | This entry was posted on Jul 28 2011

KEM SOLAT

KEM SOLAT SEMPENA MINGGU CUTI SEKOLAH. BERTEMPAT DI AL-MUNIRAH . BERMULA 28 MEI HINGGA 2 JUN 2011

picture9

SAMBUTAN HARI KECEMERLANGAN PELAJAR ALMUNIRAH. PELAJAR TERBAIK TINGKATAN DAN BIDANG HAFALAN UNTUK PELAJAR MAAHAD TAHFIZ.

RIADAH DI TAMAN PERTANIAN

RIADAH DITAMAN PERTANIAN SHAH ALAM BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN SERTA PELAJAR TAHFIZ. AKTIVITI SANTAI DIHUJUNG MINGGU SEBAGAI SALAH SATU MEDAN MENGERATKAN UKHWAH.

TAJAAN

JEMPUTAN MAKAN TENGAHARI DI RESTOREN ASAM PEDAS BUKIT TINGGI. SEMOGA PERNIGAAN MEREKA MAJU DAN DALAM BAROKAH.AMIN..

Salam Kemuncak Syaaban

0 Comments | This entry was posted on Jul 26 2011

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah.. dengan izin Allah subhanahu wataala.. iallah.. laman web persatuan kebajikan anak yatim dan miskin A-lmunirah ini, akan di update dan pemberitahuan secara meluas tentang aktiviti persatuan dan maklumat terkini mengenai persatuan.

Dengan berkat sumbangan orang ramai, Dewan Almunirah telah pun siap 95 peratus dan boleh digunakan sebagai pusat pembelajaran tahfiz dan dewan terbuka kepada orang ramai untuk mengadakan majlis sempena ramadhan, syawal dan majlis kesyukuran yang lain. Pamplet ataupun brosur berkaitan dewan sedang disiapkan. Dewan yang dilengkapi dengan aircon, surau, ruang pejabat dan sukan serta beberapa kemudahan yang lain.dewan2

sesiapa yang berkeinginan untuk membantu dan beramal jariah bersama persatuan boleh hubungi :cik Norfaiza Azmi : 03 33247758 (talian pejabat.)

PENGERUSI DAN PENGURUS PERSATUAN

Pendaftaran pelajar baru Maahad Tahfiz Al-Munirah dibuka

Comments Off | This entry was posted on Dec 09 2009

Assalamualaikum Warahmatullah.

Sukacita dimaklumkan, pendaftaran pelajar baru Maahad Tahfiz Al-Munirah bagi sesi 2010 kini dibuka untuk permohonan. Berikut adalah maklumat dan syarat kelayakan :

Tarikh temuduga : 26 Disember 2009 bersamaan 9 Muharram 1431 H.
Tarikh mula persekolahan : 5 Januari 2010

Syarat kelayakan :

  1. Berusia 10-14 tahun.
  2. Lancar membaca Al-Quran
  3. Khatam Al-Quran sekurang-kurangnya sekali
  4. Mahir tajwid
  5. Berkelakuan baik
  6. Mempunyai rekod disiplin yang baik
  7. Mahir menulis jawi
  8. Menguasai ilmu dan patuh melaksanakan tuntutan sebagai seorang Muslim seperti solat, puasa dan lain-lain.

Download borang  >disini
Download flyers  >disini

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi kami :

No tel : 03-33247758
Faks : 03-33240906
atau emel : almunirah@anakyatim.com.my

Majlis Pecah Tanah Pembinaan Surau dan Dewan Serbaguna

0 Comments | This entry was posted on Jul 18 2009

m1

Nantikan gambar-gambar yang sempat dirakam semasa Majlis Pecah Tanah Pembinaan Surau dan Dewan Serbaguna. Kami akan upload dalam masa terdekat. InsyaAllah.

0 Comments | This entry was posted on Jul 17 2009

Assalamualaikum Warahmatullah.

Dengan penuh keyukuran kehadrat Illahi, kami dengan segala hormatnya mempersilakan

YB Tan Sri / Puan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik

ke

Majlis Pecah Tanah Pembinaan Surau dan Dewan Serbaguna Persatuan Kebajkan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah

pada

Hari Sabtu, 18hb Julai 2009 bersamaan 25hb Rejab 1430H

di

Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah
Lot 15772, Jalan Johan Setia, Off Jalan Langat
41200, Klang, Selangor Darul Ehsan

Selamat Datang.

0 Comments | This entry was posted on Mar 04 2009

sd

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Selamat Datang ke laman web rasmi Persatuan Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Al-Munirah (PRKAYAM). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melihat dan menjenguk laman web ini.

Kami disini sentiasa amat mengalu-alukan sumbangan dan sokongan daripada anda untuk kami terus berkhidmat membantu golongan yang disifatkan sebagai kurang bernasib baik di dunia ini. InsyaAllah, dengan bantuan anda, nasib mereka akan terbela.

Sama-samalah kita mendoakan agar pengorbanan dan kerja amal kita ini diterima dan diredhai Allah SWT. InsyaAllah.